Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Adakalanya orang yang mengajar huruf Abu Jad (tangkal huruf)

Teks Bahasa Arab

رُبَّ مُعَلِّمِ حُرُوفِ أَبَى جَادَ دَارَسَ فِي النُّجُومِ لَيْسَ لَهُ عِنْدَ الله خَلاَقٌ يَوْمَ القيامة

Teks Bahasa Melayu

Adakalanya orang yang mengajar huruf Abu Jad (tangkal huruf), mengajarkan tentang nujum, dia tidak akan mempunyai kedudukan di sisi Allah pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Ibn 'Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 40, hadis no. 200. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanad tersebut terdapat pendusta yang memalsukan hadith tersebut.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.