TEKS BAHASA ARAB
رب عابد جاهل، ورب عالم فاجر، فاحذروا الجهال من العباد، والفجار من العلماء، فإن أولئك فتنة الفتناء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adakalanya ahli ibadah itu jahil, adakalanya orang alim itu jahat. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap orang-orang jahil dalam kalangan ahli-ahli ibadah dan orang-orang jahat dalam kalangan para ulama kerana mereka adalah sumber fitnah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1230, hadis nombor 6261. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه مرفوعا: رب عابد جاهل، ورب عالم فاجر، فاحذروا الجهال من العباد، والفجار من العلماء، فإن أولئك فتنة الفتناء.
[عد، ابن عساكر، وفي ((ذم من لا يعمل بعلمه))، ((الضعيفة)) (494)].
(Palsu)
Daripada Abi Umamah al-Bahili RA secara marfu’: Adakalanya ahli ibadah itu jahil, adakalanya orang alim itu jahat. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap orang-orang jahil dalam kalangan ahli-ahli ibadah dan orang-orang jahat dalam kalangan para ulama kerana mereka adalah sumber fitnah.
[Riwayat Ibn 'Adi, Ibn 'Asakir dalam al-Tarikh, juga dalam Zam Man La Ya'mal Bi 'Ilmihi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 494].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.