Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang berjalan di atas air

TEKS BAHASA ARAB

هل من أحد يمشي على الماء إلا ابتلت قدماه؟! قالوا: لا يا رسول الله! قال: كذلك صاحب الدنيا؛ لا يسلم من الذنوب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang berjalan di atas air melainkan kakinya akan basah?! Mereka berkata: Tidak, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Begitu juga dengan penghuni dunia ini, mereka tidak akan selamat daripada melakukan dosa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2035 hadis nombor 10242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: هل من أحد يمشي على الماء إلا ابتلت قدماه؟! قالوا: لا يا رسول الله! قال: كذلك صاحب الدنيا، لا يسلم من الذنوب.
[البيهقي في ((الزهد))، ((الضعيفة)) (4741)]

(Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Adakah sesiapa dalam kalangan kamu yang berjalan di atas air melainkan kakinya akan basah?! Mereka berkata: Tidak, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Begitu juga dengan penghuni dunia ini, mereka tidak akan selamat daripada melakukan dosa.
[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4741]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs