Adakah sekarang ini kamu berasa takut?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي في السفر ركعتين، قالت عائشة: كان في حرب، وكان يخاف، هل تخافون أنتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW menunaikan solat dua rakaat (qasar) ketika musafir. ‘Aishah berkata: Baginda ketika itu di dalam peperangan dan baginda sedang takut (ketika itu). Adakah sekarang ini kamu berasa takut?

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 793, hadis nombor 4083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت في السفر: أتموا صلاتكم، فقالوا: إن رسول الله ﷺ كان يصلي في السفر ركعتين، فقالت عائشة: كان في حرب، ‌وكان ‌يخاف، هل تخافون أنتم؟!
[ابن جرير، (الضعيفة) (4141)]

(Batil)
Daripada Aisyah RA berkata ketika bermusafir: Sempurnakanlah solat kalian. Mereka (para sahabat) berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat dua rakaat (qasar) ketika musafir. ‘Aishah berkata: Baginda ketika itu di dalam peperangan dan baginda sedang takut (ketika itu). Adakah sekarang ini kamu berasa takut?
[Riwayat Ibn Jarir dalam al-Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4141]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.