Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يصلي في السفَرِ ركعتينِ، قالت عائشةُ: كان في حربٍ، وكان يخافُ، هل تخافونَ أنتم.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW menunaikan solat dua rakaat (qasar) ketika musafir. ‘Aishah berkata: Baginda ketika itu di dalam peperangan dan baginda sedang takut (ketika itu). Adakah sekarang ini kamu berasa takut?
Sahabat Perawi
- Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 793, hadis no. 4083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Batil) Daripada Aisyah RA berkata ketika bermusafir: Sempurnakanlah solat kalian. Mereka (para sahabat) berkata: Rasulullah SAW menunaikan solat dua rakaat (qasar) ketika musafir. ‘Aishah berkata: Baginda ketika itu di dalam peperangan dan baginda sedang takut (ketika itu). Adakah sekarang ini kamu berasa takut? [Riwayat Ibn Jarir dalam al-Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4141]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman