Adakah salah seorang daripada kalian lemah daripada menjimak isterinya pada setiap Jumaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل يوم جمعة؛ فإن له أجرين: أجر غسله، وأجر غسل امرأته؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah salah seorang daripada kalian lemah daripada menjimak isterinya pada setiap Jumaat. Sesungguhnya dia akan mendapat dua pahala; Satu pahala untuk mandinya dia (iaitu mandi wajib), dan pahala kedua untuk pahala mandinya isterinya itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1220, hadis nombor 6215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبى هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل يوم جمعة؛ فإن له أجرين: أجر غسله، وأجر غسل امرأته؟.
[أبو نعيم في ((الطب))، هب، فر، ((الضعيفة)) (6194)].

(Munkar)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Adakah salah seorang daripada kalian lemah daripada menjimak isterinya pada setiap Jumaat. Sesungguhnya dia akan mendapat dua pahala. Satu pahala untuk mandinya dia (iaitu mandi wajib), dan pahala kedua untuk pahala mandinya isterinya itu.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tibb, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6194].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.