Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيعجزُ أحدُكم أن يُجامعَ أهلَه في كلِّ يومِ جمعةٍ؛ فإنَّ له أجريْنِ: أجرُ غُسلِه، وأجرُ غُسلِ امرأتِه؟
Teks Bahasa Melayu
Adakah salah seorang daripada kalian lemah daripada menjimak isterinya pada setiap Jumaat. Sesungguhnya dia akan mendapat dua pahala; Satu pahala untuk mandinya dia (iaitu mandi wajib), dan pahala kedua untuk pahala mandinya isterinya itu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1220, hadis no. 6215. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Adakah salah seorang daripada kalian lemah daripada menjimak isterinya pada setiap Jumaat. Sesungguhnya dia akan mendapat dua pahala. Satu pahala untuk mandinya dia (iaitu mandi wajib), dan pahala kedua untuk pahala mandinya isterinya itu. [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Tibb, al-Baihaqi dalam Shu'ab al-Iman, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6194].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman