Adakah salah seorang dari kalian redha sekiranya dia hamil anak suaminya

TEKS BAHASA ARAB

أما ترضى إحداكن إذا كانت حاملا من زوجها وهو عنها راض، أن لها مثل أجر الصائم القائم في سبيل الله – عز وجل -؟ وإذا أصابها الطلق لم يعلم أهل السماء والأرض ما أخفي لها من قرة أعين، فإذا وضعت، لم يخرج من لبنها جرعة، ولم يمص من ثديها مصة، إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة، فإن أسهرها ليلة، كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهم في سبيل الله – عز وجل -. سلامة! تدرين لمن أعني هذا؟ هذا للمتعففات الصالحات المطيعات لأزواجهن، اللواتي لا يكفرن العشير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah salah seorang dari kalian redha sekiranya dia hamil anak suaminya, sedangkan suaminya meredhainya, maka baginya pahala orang yang berpuasa dan bangun malam pada jalan Allah SWT? Apabila dia merasakan sakit hendak bersalin, penduduk langit dan bumi tidak mengetahui berapa banyak penyeri mata yang telah tersimpan buatnya. Apabila dia telah melahirkan anak, tidak ada setitik pun daripada susunya mahu hisapan anaknya kecuali setiap titik dan hisapan itu ialah kebaikan buatnya. Sekiranya dia berjaga malam, maka baginya pahala membebaskan 70 orang hamba di jalan Allah SWT. Wahai Salamah! Tahukan kamu siapakah yang aku maksudkan ini? Iaitu wanita yang suci, solehah dan taat kepada suami serta tidak kufur terhadap mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis nombor 4754. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس بن مالك سلامة حاضنة إبراهيم بن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أنها قالت: يا رسول الله، إنك تبشر الرجال بكل خير، ولا تبشر النساء، قال: ((أصويحباتك دسسنك لهذا؟)) قالت: أجل، هن أمرنني. قال: ((أما ترضى إحداكن إذا كانت حاملا من زوجها وهو عنها راض، أن لها مثل أجر الصائم القائم في سبيل الله – عز وجل -؟ وإذا أصابها الطلق لم يعلم أهل السماء والأرض ما أخفي لها من قرة أعين، فإذا وضعت، لم يخرج من لبنها جرعة، ولم يمص من ثديها مصة، إلا كان لها بكل جرعة وبكل مصة حسنة، فإن أسهرها ليلة، كان لها مثل أجر سبعين رقبة تعتقهم في سبيل الله – عز وجل -. سلامة! تدرين لمن أعني هذا؟ هذا للمتعففات الصالحات المطيعات لأزواجهن، اللواتي لا يكفرن العشير)).
[طس، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2055)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Salamah, pengasuh Ibrahim anak Rasulullah SAW telah berkata: “Wahai Rasulullah, kamu memberikan berita gembira kepada orang lelaki, sedangkan kamu tidak memberikan khabar gembira buat orang wanita”. Baginda SAW bersabda: “Adakah sahabat-sahabatmu yang menyuruhmu bertanyakan perkara ini?” Katanya: “Ya, merekalah yang menyuruhku”. Baginda SAW bersabda: “Adakah salah seorang dari kalian redha sekiranya dia hamil anak suaminya, sedangkan suaminya meredhainya, maka baginya pahala orang yang berpuasa dan bangun malam pada jalan Allah SWT? Apabila dia merasakan sakit hendak bersalin, penduduk langit dan bumi tidak mengetahui berapa banyak penyeri mata yang telah tersimpan buatnya. Apabila dia telah melahirkan anak, tidak ada setitik pun daripada susunya mahu hisapan anaknya kecuali setiap titik dan hisapan itu ialah kebaikan buatnya. Sekiranya dia berjaga malam, maka baginya pahala membebaskan 70 orang hamba di jalan Allah SWT. Wahai Salamah! Tahukan kamu siapakah yang aku maksudkan ini? Iaitu wanita yang suci, solehah dan taat kepada suami serta tidak kufur terhadap mereka”.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2055].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.