Adakah sahabat kamu ini mempunyai hutang?

TEKS BAHASA ARAB

عن أنس بن مالك فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم – وأتي برجل يصلّي عليه – فقال: ((هل على صاحبكم دين؟)). قالوا: نعم. قال: ((فما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره لا يصعد روحه إلى السماء، فلو ضمن رجل دينه قمت، فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Anas RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW – dan Baginda sedang datang kepada orang yang hendak disolatkan untuknya- baginda berkata: ((Adakah sahabat kamu ini mempunyai hutang?)) Mereka menjawab: “Ya”. Lalu Baginda berkata: ((Jadi apakah manfaat kepada kamu jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini sedangkan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik ke langit. Jika ada lelaki lain menjamin (langsaikan) hutangnya maka aku pasti akan bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya ia akan memberinya manfaat.))

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1766-1767, hadis nombor 8892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم – وأتي برجل يصلّي عليه – فقال: ((هل على صاحبكم دين؟)). قالوا: نعم. قال: ((فما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره لا يصعد روحه إلى السماء، فلو ضمن رجل دينه قمت، فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه)). [عق، طس، ((الضعيفة)) (6860)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW – dan Baginda sedang datang kepada orang yang hendak disolatkan untuknya- baginda berkata: ((Adakah sahabat kamu ini mempunyai hutang?)) Mereka menjawab: “Ya”. Lalu Baginda berkata: ((Jadi apakah manfaat kepada kamu jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini sedangkan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik ke langit. Jika ada lelaki lain menjamin (langsaikan) hutangnya maka aku pasti akan bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya ia akan memberinya manfaat.))
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6860].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs