Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَمَا يَنْفَعُكُمْ أَنْ أُصَلِّيَ عَلَى رَجُلٍ رُوحَهُ مُرْتَهِنٌ فِي قَبْرِهِ لَا يَصْعَدُ رُوحُهُ إِلَى السَّمَاءِ، فَلَوْ ضَمِنَ رَجُلٌ دَيْنَهُ قُمْتُ، فَصَلَّيْتُ عَلَيْهِ، فَإِنَّ صَلَاتِي تَنْفَعُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Jadi apakah manfaat kepada kamu jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini sedangkan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik ke langit. Jika ada lelaki lain menjamin (langsaikan) hutangnya maka aku pasti akan bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya ia akan memberinya manfaat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1766-1767, hadis no. 8892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم - وأتي برجل يصلّي عليه - فقال: ((هل على صاحبكم دين؟)). قالوا: نعم. قال: ((فما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره لا يصعد روحه إلى السماء، فلو ضمن رجل دينه قمت، فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه)). [عق، طس، ((الضعيفة)) (6860)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW - dan Baginda sedang datang kepada orang yang hendak disolatkan untuknya- baginda berkata: ((Adakah sahabat kamu ini mempunyai hutang?)) Mereka menjawab: "Ya". Lalu Baginda berkata: ((Jadi apakah manfaat kepada kamu jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini sedangkan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik ke langit. Jika ada lelaki lain menjamin (langsaikan) hutangnya maka aku pasti akan bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya ia akan memberinya manfaat.)) [Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa dan al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6860].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman