Adakah orang yang berpuasa boleh bersiwak?

TEKS BAHASA ARAB

حديث أيستاك الصائم قال: نعم قلت: برطب السواك ويابسه؟ قال: نعم قلت: في أول النهار وآخره؟ قال: نعم قلت له: عمن؟ قال: عن رسول الله صلى الله عليه وسلم “.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Adakah orang yang berpuasa boleh bersiwak? Anas berkata: Ya. Aku bertanya lagi: Dengan kayu siwak yang kering atau basah? Anas berkata: Ya. Aku bertanya lagi: Pada awal waktu siang atau petangnya? Anas berkata: Ya. Aku berkata kepadanya: Ini daripada siapa? Dia berkata: Daripada Nabi SAW.

STATUS

Terdapat Perawi Bermasalah Pada Sanadnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 93-94, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه تمام عن أنس مرفوعا قال ابن حبان: لا أصل له.
وفي إسناده: إبراهيم بن بيطار الخوارزمي يروي عن عاصم الأحول المناكير.
قال في اللآلىء: أخرجه النسائي في الكنى والبيهقي في سننه وقال: تفرد به إبراهيم وهو منكر الحديث.
قال ابن حجر في التلخيص: له شاهد من حديث معاذ.
رواه الطبراني عن عبد الرحمن بن غنم قال: سألت معاذ بن جبل: أتتسوك وأنت صائم؟
قال: نعم قلت: أي النهار أتسوك؟ قال: أي النهار شئت إن شئت غدوة وإن شئت عشيه.

Tamam meriwayatkannya daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) Ibn Hibban berkata: Tidak ada asalnya dan pada sanadnya terdapat perawi: Ibrahim bin Baitar al-Khuwarizmi yang meriwayatkan daripada Asim al-Ahwal hadith-hadith munkar. Al-Suyuthi berkata dalam kitab al-La’ali: al-Nasaie meriwayatkan dalam kitabnya al-Kuna manakala Al-Baihaqi di dalam sunannya dan dia berkata: Ibrahim bersendirian dalam meriwayatkannya sedangkan dia munkar al-hadith.
Ibn Hajar berkata dalam al-Talkhis: Terdapat riwayat sokongan baginya dari hadith Muaz. Al-Tabarani meriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanm, dia berkata: Aku bertanya kepada Muaz bin Jabal: Adakah engkau bersiwak ketika engkau sedang berpuasa? Muaz berkata: Ya. Aku berkata: Pada waktu siang yang mana aku boleh bersiwak? Muaz berkata: Mana-mana waktu siang yang engkau mahu, jika engkau mahu di waktu pagi dan jika engkau mahu, di waktu petang.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Tags: bersugi, gosok gigi,

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs