Adakah kamu tidak merasakan bahawa Allah SWT mengahwinkanku di syurga dengan Maryam binti ‘Imran

TEKS BAHASA ARAB

أما شعرت أن الله –عز وجل– قد زوجني في الجنة مريم بنت عمران وكلثم أخت موسى، وامرأة فرعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu tidak merasakan bahawa Allah SWT mengahwinkanku di syurga dengan Maryam binti ‘Imran, Kulthum saudara perempuan Musa AS dan isteri Firaun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1969, hadis nombor 9842. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قالﷺ:«أما شعرت أن الله – عز وجل – قد زوجني في الجنة مريم بنت عمران وكلثم أخت موسى، وامرأة فرعون».
[طب، «الضعيفة» (812، 7053)].

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu tidak merasakan bahawa Allah SWT mengahwinkanku di syurga dengan Maryam binti ‘Imran, Kulthum saudara perempuan Musa AS dan isteri Firaun.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 812, 7053].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs