Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Adakah kamu tahu mengapa aku menyebut amin

Teks Bahasa Arab

تَدْرُونَ لِمَ أَمَّنْتُ؟ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: جَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ، فَأَخْبَرَنِي: أَنَّهُ مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ. وَمَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا، فَلَمْ يَبَرَّهُمَا دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ. وَمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ.

Teks Bahasa Melayu

Adakah kamu tahu mengapa aku menyebut amin? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Nabi SAW berkata: Jibril AS telah datang kepadaku lalu dia memberitahuku : bahawa sesungguhnya sesiapa yang disebut nama engkau dihadapannya dan dia tidak berselawat ke atas engkau, maka dia akan masuk neraka. Maka semoga Allah menjauhkannya (dari kebaikan) dan menghancurkannya! Lalu aku berkata: Amin. Dan barang siapa yang masih memiliki kedua orang tuanya tetapi tidak berbuat baik kepada mereka, maka dia akan masuk neraka! Moga Allah menjauhkannya (dari kebaikan) dan menghancurkannya! Lalu aku berkata: Amin. Dan barang siapa yang berjumpa Ramadhan dan tidak diampunkan baginya, maka dia akan masuk neraka. Moga Allah menjauhkannya (dari kebaikan) dan menghancurkannya! Lalu aku berkata: Amin.

Sahabat Perawi

  1. Ibn Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1586, hadis no. 8016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- ارتقى على المنبر فأمّن ثلاث مرات، ثم قال: ((تَدْرُونَ لِمَ أَمَّنْتُ؟ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: جَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ، فَأَخْبَرَنِي: أَنَّهُ مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ. وَمَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا، فَلَمْ يَبَرَّهُمَا دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ. وَمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ)). [طب، ((الضعيفة)) (6644)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi SAW naik ke mimbar dan menyebut ‘amin’ sebanyak tiga kali kemudian baginda berkata: ((Adakah kamu tahu mengapa aku menyebut amin? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Nabi SAW berkata: Jibril AS telah datang kepadaku lalu dia memberitahuku : bahawa sesungguhnya sesiapa yang disebut nama engkau dihadapannya dan dia tidak berselawat ke atas engkau, maka dia akan masuk neraka. Maka semoga Allah menjauhkannya (dari kebaikan) dan menghancurkannya! Lalu aku berkata: Amin. Dan barang siapa yang masih memiliki kedua orang tuanya tetapi tidak berbuat baik kepada mereka, maka dia akan masuk neraka! Moga Allah menjauhkannya (dari kebaikan) dan menghancurkannya! Lalu aku berkata: Amin. Dan barang siapa yang berjumpa Ramadhan dan tidak diampunkan baginya, maka dia akan masuk neraka. Moga Allah menjauhkannya (dari kebaikan) dan menghancurkannya! Lalu aku berkata: Amin.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6644].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.