Adakah kamu tahu apakah itu kesempurnaan nikmat

TEKS BAHASA ARAB

هل تدري ما تمام النعمة؟ قال: تمام النعمة: دخول الجنة، والفوز من النار ثم مر على رجل يقول: اللهم إني أسألك الصبر، قال: قد سألت ربك البلاء، فسله العافية. ومر على رجل يقول: يا ذا الجلال والإكرام! قال: سل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu tahu apakah itu kesempurnaan nikmat?, Baginda menjawab: Kesempurnaan nikmat adalah masuk ke dalam syurga dan selamat daripada neraka. Kemudian Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kesabaran, Baginda bersabda: Sesungguhnya kamu telah meminta ujian daripada Tuhanmu, maka mintalah keselamatan kepadaNya. Dan Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Wahai Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia!, Baginda bersabda: Mintalah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis nombor 7403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن معاذ – رضي الله عنه -، قال: مر النبي ﷺ على رجل يقول: اللهم إني أسألك تمام النعمة! قال: ((هل تدري ما تمام النعمة))؟ قال: ((تمام النعمة: دخول الجنة، والفوز من النار)) ثم مر على رجل يقول: اللهم إني أسألك الصبر، قال: ((قد سألت ربك البلاء، فسله العافية)). ومر على رجل يقول: يا ذا الجلال والإكرام! قال: ((سل)). [خد، ت، حم، ((الضعيفة)) (3416)]

(Lemah)
Daripada Mu’az RA beliau berkata: Nabi SAW pernah melintas seorang lelaki yang sedang berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kesempurnaan nikmat. Baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah itu kesempurnaan nikmat?, Baginda menjawab: Kesempurnaan nikmat adalah masuk ke dalam syurga dan selamat daripada neraka. Kemudian Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kesabaran, Baginda bersabda: Sesungguhnya kamu telah meminta ujian daripada Tuhanmu, maka mintalah keselamatan kepadaNya. Dan Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Wahai Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia!, Baginda bersabda: Mintalah.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Sunan Tirmidzi, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3416].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs