Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هل تَدْرِي ما تَمَامُ النِّعمةِ؟ قال: تَمامُ النِّعمةِ دُخُولُ الجَنَّةِ، والفَوْزُ من النارِ ثُم مَرَّ على رَجلٍ يقولُ اللهُمَّ إِنِّي أسأَلُكَ الصَّبرَ، قال: قَدْ سَألْتَ رَبَّكَ البَلاءَ، فَسَلْهُ العافِيةَ. ومَرَّ على رجلٍ يقولُ: يا ذَا الجَلالِ والإِكْرامِ! قال: سَلْ.
Teks Bahasa Melayu
Adakah kamu tahu apakah itu kesempurnaan nikmat?, Baginda menjawab: Kesempurnaan nikmat adalah masuk ke dalam syurga dan selamat daripada neraka. Kemudian Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kesabaran, Baginda bersabda: Sesungguhnya kamu telah meminta ujian daripada Tuhanmu, maka mintalah keselamatan kepadaNya. Dan Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Wahai Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia!, Baginda bersabda: Mintalah.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis no. 7403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معاذ - رضي الله عنه -، قال: مر النبي ﷺ على رجل يقول: اللهم إني أسألك تمام النعمة! قال: ((هل تدري ما تمام النعمة))؟ قال: ((تمام النعمة: دخول الجنة، والفوز من النار)) ثم مر على رجل يقول: اللهم إني أسألك الصبر، قال: ((قد سألت ربك البلاء، فسله العافية)). ومر على رجل يقول: يا ذا الجلال والإكرام! قال: ((سل)). [خد، ت، حم، ((الضعيفة)) (3416)]
(Lemah) Daripada Mu'az RA beliau berkata: Nabi SAW pernah melintas seorang lelaki yang sedang berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kesempurnaan nikmat. Baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah itu kesempurnaan nikmat?, Baginda menjawab: Kesempurnaan nikmat adalah masuk ke dalam syurga dan selamat daripada neraka. Kemudian Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepadaMu kesabaran, Baginda bersabda: Sesungguhnya kamu telah meminta ujian daripada Tuhanmu, maka mintalah keselamatan kepadaNya. Dan Baginda melintasi seorang lelaki lain yang sedang berdoa: Wahai Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia!, Baginda bersabda: Mintalah. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, Sunan Tirmidzi, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3416].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman