Adakah kamu suka Nabi kamu disorokkan dalam api neraka pada hari Kiamat kelak?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتحبون أن يستظل نبيكم بظل من نار يوم القيامة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu suka Nabi kamu disorokkan dalam api neraka pada hari Kiamat kelak?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis nombor 5417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي حازم الأنصاري، قال: أتي النبي صلى الله عليه وسلم يوم بدر بنطع من الغنيمة. فقيل: استظل به يا رسول الله! فقال: أتحبون أن يستظل نبيكم بظل من نار يوم القيامة؟ [طس، الضعيفة 5113]

(Lemah): Daripada Abu Hazim al-Ansari RA, beliau menceritakan: Sebekas harta rampasan dibawa ke hadapan Nabi SAW pada Perang Badar. Seseorang berkata, Sorokkanlah harta itu, wahai Rasulullah. Baginda menjawab : Adakah kamu suka Nabi kamu disorokkan dalam api neraka pada hari Kiamat kelak?. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5113)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.