Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتحبُّون أن يستظِلَّ نبيُّكم بظلٍّ من نارٍ يومَ القيامةِ
Teks Bahasa Melayu
Adakah kamu suka Nabi kamu disorokkan dalam api neraka pada hari Kiamat kelak?
Sahabat Perawi
- Abu Hazim al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1060, hadis no. 5417. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي حازم الأنصاري، قال: أتي النبي صلى الله عليه وسلم يوم بدر بنطع من الغنيمة. فقيل: استظل به يا رسول الله! فقال: أتحبون أن يستظل نبيكم بظل من نار يوم القيامة؟ [طس، الضعيفة 5113]
(Lemah): Daripada Abu Hazim al-Ansari RA, beliau menceritakan: Sebekas harta rampasan dibawa ke hadapan Nabi SAW pada Perang Badar. Seseorang berkata, Sorokkanlah harta itu, wahai Rasulullah. Baginda menjawab : Adakah kamu suka Nabi kamu disorokkan dalam api neraka pada hari Kiamat kelak?. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5113)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman