Adakah kamu semua tahu kubur siapakah ini?” Mereka berkata: Allah dan Rasulnya lebih tahu

TEKS BAHASA ARAB

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: كنا نمشي مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم، إذ مر بقبر، فقال: ((أتدرون قبر من هذا؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: قبر آمنة، دلَّني عليه جبريل عليه السلام)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Sedang kami berjalan bersama Nabi SAW pada suatu hari, dan ketika itu Baginda melalui sebuah kubur lalu Baginda berkata: “Adakah kamu semua tahu kubur siapakah ini?” Mereka berkata: Allah dan Rasulnya lebih tahu. Baginda berkata: Ia adalah kubur Aminah, Jibril AS telah menunjukkannya kepadaku.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1769, hadis nombor 8906. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: كنا نمشي مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم، إذ مر بقبر، فقال: ((أتدرون قبر من هذا؟)) قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: ((قبر آمنة، دلَّني عليه جبريل عليه السلام)). [ابن شبة، ((الضعيفة)) (6612].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Sedang kami berjalan bersama Nabi SAW pada suatu hari, dan ketika itu Baginda melalui sebuah kubur lalu Baginda berkata: ((Adakah kamu semua tahu kubur siapakah ini?)) Mereka berkata: "Allah dan Rasulnya lebih tahu". Baginda berkata: ((Ia adalah kubur Aminah, Jibril AS telah menunjukkannya kepadaku.))
[Riwayat Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6612].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs