Adakah kamu semua tahu apa yang singa katakan dalam ngaumannya?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تدرون ما يقول الأسد في زئيره؟ قالوا: الله ورسوله أعلم، قال: يقول: اللهم لا تسلطني على أحد من أهل المعروف


TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu semua tahu apa yang singa katakan dalam ngaumannya? Mereka menjawab: Allah dan Rasulnya lebih mengetahui. Baginda berkata: Ya Allah! Janganlah Engkau memberiku kekuasaan (untuk memudaratkan) sesiapa daripada kalangan orang-orang yang baik


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1995, hadis nombor 8410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Hurairah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Tabarani dalam Makarim al-Akhlak dan al-Dailami dalam al-Firdaus.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon