Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قلنا لأبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - هل حفظت من رسول الله - صلى الله عليه وسلم - شيئا كان يقوله بعدما يسلم؟ قال: نعم، كان إذا سلَّم من صلاتِه قال: {سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ * وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ * وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}.
Teks Bahasa Melayu
Kami telah bertanya Abu Sa'id al-Khudri RA: "Adakah kamu pernah menghafal sesuatu daripada Rasulullah SAW yang selalu Baginda baca seusai salam?", beliau menjawab: "Ya, Baginda selalu membaca: "Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka sifatkan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah, Rab sekalian alam" [Surah al-Saffat ayat 180-182]".
Sahabat Perawi
- Abu Harun
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1480, hadis no. 7549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Abu Harun, katanya: Kami telah bertanya Abu Sa'id al-Khudri RA: "Adakah kamu pernah menghafal sesuatu daripada Rasulullah SAW yang selalu Baginda baca seusai salam?", beliau menjawab: "Ya, Baginda selalu membaca: {Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka sifatkan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah, Rab sekalian alam} [Surah al-Saffat ayat 180-182]". [Riwayat 'Abd bin Humaid, Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf beliau dan al-Tabarani dalam al-Du'a. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4201]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman