Adakah kamu pergi dariku dalam keadaan berkumpulan dan kamu datang secara berpisah-pisah

TEKS BAHASA ARAB

أذهبتم من عندي جميعا وجئتم متفرقين؟! إنما أهلك من كان قبلكم الفرقة، لأبعثن عليكم رجلا ليس بخيركم، أصبركم على الجوع والعطش.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu pergi dariku dalam keadaan berkumpulan dan kamu datang secara berpisah-pisah?! Sesungguhnya kaum sebelum kamu musnah kerana berpecah, aku akan mengutus kepada kamu seorang lelaki yang bukan yang terbaik dalam kalangan kamu, yang paling bersabar antara kamu terhadap kelaparan dan dahaga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 831-832, hadis nombor 4269. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه-، قال: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة، جاءته جهينة فقالوا: إنك قد نزلت بين أظهرنا، فأوثق لنا حتى نأتيك وتؤمنا، فأوثق لهم، فأسلموا، قال: فبعثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في رجب، ولا نكون مائة، وأمرنا أن نغير على حي من بني كنانة إلى جنب جهينة، فأغرنا عليهم، وكانوا كثيرا، فلجأنا إلى جهينة، فمنعونا، وقالوا: لم تقاتلون في الشهر الحرام؟ فقلنا: إنما نقاتل من أخرجنا من البلد الحرام في الشهر الحرام، فقال بعضنا لبعض: ما ترون؟ فقال بعضنا: نأتي نبي الله صلى الله عليه وسلم فنخبره، وقال قوم: لا، بل نقيم ههنا، وقلت أنا في أناس معي: لا؛ بل نأتي عير قريش فنقتطعها، فانطلقنا إلى العير، وكان الفيء إذ ذاك من أخذ شيئا فهو له، فانطلقنا إلى العير وانطلق أصحابنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم وأخبروه الخبر، فقام غضبانا محمر الوجه، فقال: ((أذهبتم من عندي جميعا وجئتم متفرقين؟! إنما أهلك من كان قبلكم الفرقة، لأبعثن عليكم رجلا ليس بخيركم، أصبركم على الجوع والعطش)). فبعث علينا عبد الله بن جحش الأسدي، فكان أول أمير أمر في الإسلام.
[حم، عم، ((الضعيفة)) (2729)]

(Lemah) Daripada Sa‘ad bin Abī Waqāṣ RA berkata: Ketika Rasulullah SAW mendatangi Madinah, dia didatangi oleh Juhainah dan berkata: Engkau telah tiba di tempat kami, lalu berilah kepercayaan agar kami boleh mendatangi kamu dan beriman, lalu baginda memberi kepercayaan kepada mereka dan mereka memeluk Islam. Dia berkata: Lalu Rasulullah SAW mengutus kami pada bulan Rejab, dan kami tidak mencapai 100 orang. Baginda mengarahkan kami menyerang salah satu kawasan dari Bani Kinanah yang bersebelahan dengan Juhainah, lalu kami menyerang mereka dan mereka sangat ramai. Lalu kami berlindung pada Juhainah, namun mereka menghalang kami. Mereka berkata: Mengapakah kalian berperang pada bulan haram? Lalu kami berkata: Kami berperang dengan orang yang mengeluarkan kami dari tanah haram pada bulan haram. Lalu kami bertanya sesama sendiri, apa yang kamu rasa? Lalu sebahagian kami berkata: Kita mendatangi Nabi SAW dan kita menceritakannya. Lalu sebahagian yang lain berkata: Tidak, bahkan kita duduk di sini. Lalu aku berkata kepada orang yang ada di sekelilingku: Tidak, bahkan kita mendatangi Kafilah Quraisy dan kita memintas mereka. Lalu kami berangkat menuju ke kafilah tersebut dan harta rampasan perang pada ketika itu ialah milik sesiapa yang mengambilnya, lalu kami berangkat menuju ke kafilah dan sahabat-sahabat kami berangkat menuju kepada Nabi SAW dan memberitahu baginda akan khabar berita itu, lalu baginda SAW bangun dalam keadaan marah dengan wajahnya yang merah. Baginda seraya bersabda: Adakah kamu pergi dariku dalam keadaan berkumpulan dan kamu datang secara berpisah-pisah?! Sesungguhnya kaum sebelum kamu musnah kerana berpecah, aku akan mengutus kepada kamu seorang lelaki yang bukan yang terbaik dalam kalangan kamu, yang paling bersabar antara kamu terhadap kelaparan dan dahaga. Lalu diutuskan kepada kami ‘Abdullah bin Jaḥsy al-Asadī, dan beliau merupakan pemimpin yang pertama yang dilantik dalam Islam.
[Riwayat Aḥmad dalam al-Musnad dan ‘Abdullah bin Aḥmad dalam Zawāid al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2729]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs