Adakah kamu percaya akan pokok kasturi dan kamu menjumpainya dalam kitab-kitab kamu

TEKS BAHASA ARAB

أتؤمن بشجرة المسك وتجدها في كتابكم؟ قال: نعم. قال: فإن البول والجنابة ‌عرق ‌يسيل من ذوائبهم إلى أقدامهم كالمسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu percaya akan pokok kasturi dan kamu menjumpainya dalam kitab-kitab kamu? Dia berkata: Ya. Nabi berkata: Sesungguhnya air kencing dan air junub itu akan mengalir dari belakang mereka sehingga kaki mereka seperti kasturi.

STATUS

Palsu dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 671, hadis nombor 3460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع بهذا اللفظ) عن زيد بن أرقم -رضي الله عنه-، قال: كنت جالساً عند النبي صلى الله عليه وسلم، فقال له رجل من اليهود [يقال له: ثعلبة بن الحارث]: أتزعم أن في الجنة طعاماً وشراباً وأزواجاً؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((نعم)). فقال اليهودي: إنا نجدها طيبة مطيبة؟ فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: ((أتؤمن بشجرة المسك وتجدها في كتابكم؟ قال: نعم. قال: فإن البول والجنابة ‌عرق ‌يسيل من ذوائبهم إلى أقدامهم كالمسك)). [طب، طس، ((الضعيفة)) (5330)]

(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Zaid bin Arqam RA berkata: Aku sedang duduk di sisi Nabi SAW. Lalu seorang lelaki Yahudi berkata (dikatakan: Tha’labah bin al-Ḥārith): Adakah kamu menyangka bahawa di syurga ada makanan, minuman dan para isteri? Nabi SAW berkata: Ya. Yahudi itu berkata: Kita akan mendapatinya dalam keadaan yang baik lagi menyenangkan? Nabi SAW berkata kepadanya: Adakah kamu percaya akan pokok kasturi dan kamu menjumpainya dalam kitab-kitab kamu? Dia berkata: Ya. Nabi berkata: Sesungguhnya air kencing dan air junub itu akan mengalir dari belakang mereka sehingga kaki mereka seperti kasturi. [Riwayat al-Tabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr dan al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5330]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs