Adakah kamu menghafal daripada Rasulullah S.A.W. sesuatu yang baginda membacanya sesudah memberi salam

TEKS BAHASA ARAB

كان يقول: سبحان ربك رب العزة عما يصفون (180) وسلام على المرسلين (181) والحمد لله رب العالمين (182).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda membaca: Subhana rabbika rabbil ‘izzati ‘amma yashifuun wa salamun ‘alal mursalin wal hamdulullahi rabbil ‘alamin.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 291, hadis nombor 1532. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هارون، قال: قلنا لأبي سعيد الخدري-رضي الله عنه -:هل حفظت من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – شيئا كان يقوله بعدما يسلم؟ قال: نعم: «كان يقول: سبحان ربك رب العزة عما يصفون (180) وسلام على المرسلين (181) والحمد لله رب العالمين (182)».
[عبد بن حميد، ش، الطبراني في «الدعاء»، ع، «الضعيفة» (4201)]

(Sangat Lemah) Daripada Abi Harun, beliau berkata: Kami bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri RA: Adakah kamu menghafal daripada Rasulullah S.A.W. sesuatu yang baginda membacanya sesudah memberi salam (didalam solat)? Beliau berkata: Ya, aku menghafalnya. Baginda membaca: Subhana rabbika rabbil ‘izzati ‘amma yashifuun wa salamun ‘alal mursalin wal hamdulullahi rabbil ‘alamin.
[Riwayat ‘Abd bin Humayd, Musannaf Ibn Abi Syaibah, al-Tabarani dalam al-Du‘a’, Musnad Abi Ya'la. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4201]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs