Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَشْعَرْتُ أَنَّ الْعَبْدَ إِذَا خَرَجَ يَزُورُ أَخَاهُ فِي اللَّهِ شِيْعَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ، يَقُولُونَ: اللَّهُمَّ! صَلْهُ كَمَا وَصَلَ فِيكَ، فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَفْعَلَ ذَلِكَ، فَافْعَلْ، وفي لفظ: يا أبا رزين! زر في الله؛ فإن العبد إذا زار أخاه في الله وكل الله به سبعين ألف ملك؛ فإن كان صباحًاً صلوا عليه حتى يمسي، وإن كان مساءً صلوا عليه حتى يصبح، فإن قدرت أن تعمل جسدك في ذلك؛ فافعل.
Teks Bahasa Melayu
Adakah kamu mengetahui bahawa seorang hamba itu apabila dia keluar menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, maka 70,000 malaikat akan mengiringinya. Mereka (para Malaikat) berdoa: “Ya Allah, hubungkanlah dia (dengan-Mu) sebagaimana dia menghubungkan (silaturrahim) kerana-Mu. Sekiranya kamu mampu untuk melakukannya, maka lakukanlah. Dan pada lafaz yang lain: Wahai Abū Ruzayn, berziarahlah kerana Allah SWT. Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, Dia akan mewakilkan kepadanya 70,000 malaikat. Sekiranya ia berlaku pada waktu pagi, para malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga waktu petang. Dan sekiranya ia berlaku pada waktu petang, mereka akan berselawat ke atasnya sehingga waktu subuh. Sekiranya kamu mampu untuk menggunakan tubuh badan kamu bagi perkara tersebut, maka lakukanlah.
Sahabat Perawi
- Abū Ruzayn al-‘Uqaylī RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 61, hadis no. 270. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Abū Ruzayn al-‘Uqaylī RA: ((Adakah kamu mengetahui bahawa seorang hamba itu apabila dia keluar menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, maka 70,000 malaikat akan mengiringinya. Mereka (para Malaikat) berdoa: “Ya Allah, hubungkanlah dia (dengan-Mu) sebagaimana dia menghubungkan (silaturrahim) kerana-Mu. Sekiranya kamu mampu untuk melakukannya, maka lakukanlah)). Dan pada lafaz yang lain: ((Wahai Abū Ruzayn, berziarahlah kerana Allah SWT. Sesungguhnya seorang hamba itu apabila dia menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, Dia akan mewakilkan kepadanya 70,000 malaikat. Sekiranya ia berlaku pada waktu pagi, para malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga waktu petang. Dan sekiranya ia berlaku pada waktu petang, mereka akan berselawat ke atasnya sehingga waktu subuh. Sekiranya kamu mampu untuk menggunakan tubuh badan kamu bagi perkara tersebut, maka lakukanlah.)) [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3664].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman