Adakah kamu ingin aku tunjukkan kalian kepada nama Allah yang paling agung yang mana jika Dia diseru dengannya pasti akan Dia mustajabkan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

((هل أدلكم على اسم الله الأعظم؛ الذي إذا دعي به أجاب؛ وإذا سئل به أعطى؛ الدعوة التي دعا بها يونس حيث ناداه في الظلمات الثلاث: {لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين})). فقال رجل: "يا رسول الله، هل كانت ليونس خاصة أم للمؤمنين عامة؟" فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: ((ألا تسمع قول الله عز وجل: {ونجيناه من الغم وكذلك ننجي المؤمنين}. وقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: ((أيما مسلم دعا بها في مرضه أربعين مرة فمات في مرضه ذلك أعطي أجر شهيد، وإن برأ برأ، وقد غفر له جميع ذنوبه.))

TEKS BAHASA MALAYSIA

((Mahukah kamu aku ajarkan kalian nama Allah yang paling agung, yang mana jika Dia diseru dengannya pasti Dia akan menjawabnya dan jika Dia dimohon dengannya pasti akan Dia berikan. Ianya doa yang disebut oleh Nabi Yunus ketika dia menyeru Tuhannya di dalam tiga kegelapan (kegelapan perut ikan, kegelapan laut dan kegelapan malam): {Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.} [al-Anbiya’: 87] Seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah ia hanya khusus kepada Nabi Yunus atau untuk orang yang beriman secara umum?" Jawab Rasulullah SAW: ((Tidakkah kamu mendengar firman Allah: {Dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).” [al-Anbiya’: 88] Rasulullah SAW menjawab: ((Mana-mana muslim berdoa dengannya ketika dia sakit sebanyak empat puluh kali, lalu dia mati disebabkan sakitnya itu, maka dia akan diberikan ganjaran syahid. Namun, sekiranya dia sihat maka sihatlah dan dia tetap akan diampunkan segala dosanya.))

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1731-1732, hadis nombor 8713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن مالك -رضي الله عنه- قال: سمعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: ((هلْ أدلكم على اسم اللهِ الأعظم؛ الذي إذا دُعي به أجاب؛ وإذا سُئل به أعطى؛ الدعوة التي دعا بها يونس حيث ناداه في الظلمات الثلاث: {لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين})). فقال رجل: "يا رسولَ الله، هل كانت ليونس خاصة أم للمؤمنين عامة؟" فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: ((ألَا تسمع قولَ الله عز وجل: {ونجيناه من الغم وكذلك ننجي المؤمنين}. وقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: ((أيّما مسلم دعا بها في مرَضه أربعين مرة فمات في مرضه ذلك أُعطي أجرٌ شهيد، وإن برأ برأ، وقد غفر له جميع ذنوبه.)) [ك، ((الضعيفة)) (2775)]

(Lemah)
Daripada Saad bin Malik RA beliau bekata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Mahukah kamu aku ajarkan kalian nama Allah yang paling agung, yang mana jika Dia diseru dengannya pasti Dia akan menjawabnya dan jika Dia dimohon dengannya pasti akan Dia berikan. Ianya doa yang disebut oleh Nabi Yunus ketika dia menyeru Tuhannya di dalam tiga kegelapan (kegelapan perut ikan, kegelapan laut dan kegelapan malam): {Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.} [al-Anbiya’: 87] Seorang lelaki telah berkata: "Wahai Rasulullah! Adakah ia hanya khusus kepada Nabi Yunus atau untuk orang yang beriman secara umum?" Jawab Rasulullah SAW: ((Tidakkah kamu mendengar firman Allah: {Dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).” [al-Anbiya’: 88] Rasulullah SAW menjawab: ((Mana-mana muslim berdoa dengannya ketika dia sakit sebanyak empat puluh kali, lalu dia mati disebabkan sakitnya itu, maka dia akan diberikan ganjaran syahid. Namun, sekiranya dia sihat maka sihatlah dan dia tetap akan diampunkan segala dosanya.))
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2775].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.