Adakah kamu berdua buta? Tidakkah kamu berdua melihatnya?!

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أفعمياوان أنتما؟! ألستما تبصرانه؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu berdua buta? Tidakkah kamu berdua melihatnya?!

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 806, hadis nombor 4152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سلمة –رضي الله عنها-، قالت: كنت: أنا وميمونة عند النبي -صلى الله عليه وسلم -، فجاء ابن أم مكتوم يستأذن -وذلك بعد أن ضرب الحجاب- فقال: ((قوما)). فقلنا: إنه مكفوف لا يبصرنا. فقال: ((أفعمياوان أنتما؟! ألستما تبصرانه؟!)).
[د، ت، النسائي في ((الكبرى، حم، ع، حب، طب، ابن سعد في ((الطبقات))، ((الضعيفة)) (5958)].

(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA berkata: Aku dan Maimunah berada di sisi Nabi SAW, lalu datanglah Ibn Ummi Maktum meminta izin – iaitu selepas turun ayat hijab – lalu baginda berkata: bangunlah kamu berdua. Lalu kami berkata: Dia adalah seorang yang buta dan tidak dapat melihat kami lalu baginda bersabda: “Adakah kamu berdua buta? Tidakkah kamu berdua melihatnya?!”.
[Riwayat Abi Daud dalam Sunan, al-Tirmizi dalam Sunan, al-Nasaie dalam al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, Abi Ya’la dalam Musnad, Ibn Hibban dalam Sahih, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5958]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.