Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أفعمياوانِ أنتُما؟! ألستُما تبصرانِهِ؟!.
Teks Bahasa Melayu
Adakah kamu berdua buta? Tidakkah kamu berdua melihatnya?!
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 806, hadis no. 4152. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أم سلمة –رضي الله عنها-، قالت: كنت: أنا وميمونة عند النبي -صلى الله عليه وسلم -، فجاء ابن أم مكتوم يستأذن -وذلك بعد أن ضرب الحجاب- فقال: ((قوما)). فقلنا: إنه مكفوف لا يبصرنا. فقال: ((أفعمياوان أنتما؟! ألستما تبصرانه؟!)). [د، ت، النسائي في ((الكبرى، حم، ع، حب، طب، ابن سعد في ((الطبقات))، ((الضعيفة)) (5958)].
(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA berkata: Aku dan Maimunah berada di sisi Nabi SAW, lalu datanglah Ibn Ummi Maktum meminta izin – iaitu selepas turun ayat hijab – lalu baginda berkata: bangunlah kamu berdua. Lalu kami berkata: Dia adalah seorang yang buta dan tidak dapat melihat kami lalu baginda bersabda: “Adakah kamu berdua buta? Tidakkah kamu berdua melihatnya?!”. [Riwayat Abi Daud dalam Sunan, al-Tirmizi dalam Sunan, al-Nasaie dalam al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad, Abi Ya’la dalam Musnad, Ibn Hibban dalam Sahih, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5958]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman