Adakah kamu berasa takut untuk menyebut tentang orang yang jahat?

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أترعون عن ذكر الفاجر؟! اذكروه بما فيه يحذره الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kamu berasa takut untuk menyebutkan tentang orang yang jahat? Sebutkanlah tentangnya kerana ia dapat memberi amaran kepada orang ramai.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 172, hadis nombor 862. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاوية بن حيدة -رضي الله عنه- مرفوعا: أترعون عن ذكر الفاجر؟! اذكروه بما فيه يحذره الناس.
[عق، ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو الحسن الحربي في ((الأمالي))، عد، المحاملي في ((الأمالي)، هق، خط، الخطيب في ((الكفاية))، ابن عساكر، أبو بكر الكلاباذيي في ((مفتاح المعاني))، الهروي في ((ذم الكلام)) السهمي، ((الضعيفة)) (583)]

(Palsu)
Daripada Mu’awiyah bin Haydah – Raḍiyallāhu ‘anhu – secara Marfu’: Adakah kamu berasa takut untuk menyebut tentang orang yang jahat? Sebutkanlah tentangnya kerana ia dapat memberi amaran kepada orang ramai.
[Riwayat al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa’, Abu Hasan al-Harbi dalam al-Amaliy, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Dhu’afa’, al-Mahamili dalam al-Amaliy, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, al-Khatib dalam al-Kifayah, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq, Abu Bakar al-Kalabaziy dalam Miftah al-Ma’aniy, al-Harawiy dalam Dzam al-Kalam, al-Sahmi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 583]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.