Adakah kami tidak menceritakan perkara yang boleh memasukkan kamu ke dalam syurga?

TEKS BAHASA ARAB

ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kami tidak menceritakan perkara yang boleh memasukkan kamu ke dalam syurga? Iaitu membunuh menggunakan pedang, memberi makan kepada tetamu, mementingkan waktu-waktu solat, menyempurnakan bersuci pada waktu malam yang dingin, dan memberi makan makanan yang disukainya.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1226, hadis nombor 6238. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلي الله عليه وسلم: ألا نحدثكم بما يدخلكم الجنة؟ ضرب بالسيف، وطعام الضيف، واهتمام بمواقيت الصلاة، وإسباغ الطهور في الليلة القرة، وإطعام الطعام على حبه.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7134)].

(Sangat munkar)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Adakah kami tidak menceritakan perkara yang boleh memasukkan kamu ke dalam syurga? Iaitu membunuh menggunakan pedang, memberi makan kepada tetamu, mementingkan waktu-waktu solat, menyempurnakan bersuci pada waktu malam yang dingin, dan memberi makan makanan yang disukainya.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7134].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs