Adakah kalian tahu nama bukit ini?

TEKS BAHASA ARAB

هل تدرون ما اسم هذا الجبل؟ قالوا: الله ورسوله أعلم! قال: هذا حمت جبل من جبال الجنة، اللهم! بارك فيه، وبارك لأهله فيه، وقال للروحاء: هذه سجاسج واد من أودية الجنة، ولقد مر بها موسى عليه عباءتان قطوانيتان على ناقة ورقاء؛ في سبعين ألفاً من بني إسرائيل حاجين البيت العتيق، ولا تمر الساعة حتى يمر بها عيسى ابن مريم عبد الله ورسوله حاجاً أو معتمراً؛ أو يجمع الله له ذلك كله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kalian tahu nama bukit ini? Para sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Ini adalah Hamat, sebuah bukit daripada bukit-bukit syurga. Wahai Allah, berkatilah ia dan juga penduduknya. Baginda berkata kepada al-Rauha’: Ini adalah kawasan yang luas. Ia adalah antara lembah-lembah syurga. Musa pernah melalui lembah ini. Di tubuh Musa ada dua kain yang diperbuat daripada kapas berada di atas unta. Ada tujuh puluh ribu Bani Israil yang menunaikan haji. Tidak berlalu waktu sehinggalah Isa Ibn Maryam, hamba Allah dan Rasul-Nya melalui lembah tersebut untuk menunaikan haji atau umrah atau Allah gabungkan kesemuanya sekali untuknya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898 hadis nombor 9542. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عمرو بن عوف، قال: غزونا مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أول غزوة غزاها – الأبواء، حتى إذا كنا بـ (الروحاء) ؛ نزل بـ (عرق الظبية)، فصلى، ثم قال: هل تدرون ما اسم هذا الجبل؟ قالوا: الله ورسوله أعلم! قال: هذا حمت جبل من جبال الجنة، اللهم! بارك فيه، وبارك لأهله فيه، وقال للروحاء: هذه سجاسج واد من أودية الجنة، ولقد مر بها موسى عليه عباءتان قطوانيتان على ناقة ورقاء؛ في سبعين ألفاً من بني إسرائيل حاجين البيت العتيق، ولا تمر الساعة حتى يمر بها عيسى ابن مريم عبد الله ورسوله حاجاً أو معتمراً؛ أو يجمع الله له ذلك كله.
[طب، ابن شبة، ((الضعيفة)) (5489)]

(Terlalu lemah)
Daripada Amru Bin ‘Auf, beliau berkata: Kami berperang bersama Rasulullah SAW di al-Abwa’ iaitu peperangan pertama yang disertai oleh Baginda. Apabila kami berada di al-Rauha’, Baginda singgah di kawasan ‘Irq al-Zibyah. Lantas Baginda menunaikan solat. Kemudian Baginda bersabda: Adakah kalian tahu nama bukit ini? Para sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Ini adalah Hamat, sebuah bukit daripada bukit-bukit syurga. Wahai Allah, berkatilah ia dan juga penduduknya. Baginda berkata kepada al-Rauha’: Ini adalah kawasan yang luas. Ia adalah antara lembah-lembah syurga. Musa pernah melalui lembah ini. Di tubuh Musa ada dua kain yang diperbuat daripada kapas berada di atas unta. Ada tujuh puluh ribu Bani Israil yang menunaikan haji. Tidak berlalu waktu sehinggalah Isa Ibn Maryam, hamba Allah dan Rasul-Nya melalui lembah tersebut untuk menunaikan haji atau umrah atau Allah gabungkan kesemuanya sekali untuknya.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5489]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs