Adakah kalian tahu mengapa aku menyebut amin?

TEKS BAHASA ARAB

تدرون لم أمنت؟ قالوا: الله ورسوله أعلم قال: جاءني جبريل عليه السلام فأخبرني: أنه من ذكرت عنده فلم يصل عليك دخل النار فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما ، فلم يبرهما دخل النار فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له دخل النار فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kalian tahu mengapa aku menyebut amin? Maka mereka berkata: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui maka Baginda pun bersabda: Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia mengkhabarkan kepada aku: Sesiapa yang disebutkan namamu (Muhammad) dan dia tidak berselawat ke atasmu, akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya lalu aku berkata Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang sempat bersama ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka tetapi tidak berbuat baik kepada mereka di dunia, dan akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya daripada pengampunan-Nya, lalu aku berkata: Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang berada pada bulan Ramadan tetapi tidak mendapat keampunan-Nya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya dan lalu aku berkata: Amin.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1163, hadis nombor 5881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم ارتقى على المنبر فأمن ثلاث مرات ثم قال: تدرون لم أمنت؟ قالوا: الله ورسوله أعلم قال: جاءني جبريل عليه السلام فأخبرني: أنه من ذكرت عنده فلم يصل عليك دخل النار فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما فلم يبرهما دخل النار فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له دخل النار ، فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. [طب، الضعيفة (6644)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah naik ke atas mimbar lalu Baginda telah mengaminkan sebanyak tiga kali, kemudian Baginda bertanya: Adakah kalian tahu mengapa aku menyebut amin? Maka mereka berkata: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui maka Baginda pun bersabda: Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia mengkhabarkan kepada aku: Sesiapa yang disebutkan namamu (Muhammad) dan dia tidak berselawat ke atasmu, akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya lalu aku berkata Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang sempat bersama ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka tetapi tidak berbuat baik kepada mereka di dunia, dan akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya daripada pengampunan-Nya, lalu aku berkata: Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang berada pada bulan Ramadan tetapi tidak mendapat keampunan-Nya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya dan lalu aku berkata: Amin. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6644]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs