Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَدْرُونَ لِمَ أَمَّنْتُ؟ قَالُوا: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ: جَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلامُ ، فَأَخْبَرَنِي: أَنَّهُ مَنْ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ ، فَقُلْتُ: آمِينَ. وَمَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا ، فَلَمْ يَبَرَّهُمَا دَخَلَ النَّارَ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ ، فَقُلْتُ: آمِينَ. وَمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ دَخَلَ النَّارَ ، فَأَبْعَدَهُ اللَّهُ وَأَسْحَقَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Adakah kalian tahu mengapa aku menyebut amin? Maka mereka berkata: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui maka Baginda pun bersabda: Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah datang kepaaku, lalu dia mengkhabarkan kepada aku: Sesiapa yang disebutkan namamu (Muhammad) dan dia tidak berselawat ke atasmu, akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya lalu aku berkata Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang sempat bersama ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka tetapi tidak berbuat baik kepada mereka di dunia, dan akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya daripada pengampunan-Nya, lalu aku berkata: Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang berada pada bulan Ramadan tetapi tidak mendapat keampunan-Nya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya dan lalu aku berkata: Amin.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1163, hadis no. 5881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم ارتقى على المنبر فأمن ثلاث مرات ثم قال: تدرون لم أمنت؟ قالوا: الله ورسوله أعلم قال: جاءني جبريل عليه السلام فأخبرني: أنه من ذكرت عنده فلم يصل عليك دخل النار فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. ومن أدرك والديه أو أحدهما فلم يبرهما دخل النار فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. ومن أدرك رمضان فلم يغفر له دخل النار ، فأبعده الله وأسحقه فقلت: آمين. [طب، الضعيفة (6644)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah naik ke atas mimbar lalu Baginda telah mengaminkan sebanyak tiga kali, kemudian Baginda bertanya: Adakah kalian tahu mengapa aku menyebut amin? Maka mereka berkata: Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui maka Baginda pun bersabda: Sesungguhnya malaikat Jibril AS telah datang kepaaku, lalu dia mengkhabarkan kepada aku: Sesiapa yang disebutkan namamu (Muhammad) dan dia tidak berselawat ke atasmu, akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya lalu aku berkata Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang sempat bersama ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka tetapi tidak berbuat baik kepada mereka di dunia, dan akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya daripada pengampunan-Nya, lalu aku berkata: Amin. Jibril berkata lagi: Sesiapa yang berada pada bulan Ramadan tetapi tidak mendapat keampunan-Nya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka, dan Allah menjauhkannya dari pengampunan-Nya dan lalu aku berkata: Amin. [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6644]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman