TEKS BAHASA ARAB
أتدرون قبر من هذا؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: قبر آمنة دلني عليه جبريل عليه السلام.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Adakah kalian tahu kubur siapakah ini? Para Sahabat menjawab : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda menjawab: Ini adalah kubur Aminah. Jibril AS yang telah menunjukkannya kepadaku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1099, hadis nombor 5574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: كنا نمشي مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم، إذ مر بقبر فقال: أتدرون قبر من هذا؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: قبر آمنة دلَّني عليه جبريل عليه السلام. [ابن شبة، الضعيفة (6612)].
(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau menceritakan: Suatu hari, kami berjalan bersama Nabi SAW melintasi sebuah kubur. Baginda tiba-tiba bertanya:Adakah kalian tahu kubur siapakah ini? Para Sahabat menjawab : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda menjawab: Ini adalah kubur Aminah. Jibril AS yang telah menunjukkannya kepadaku. [Riwayat Ibn Shabah dalam Tarikh al-Madinah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6612]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.