Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَتَدْرُونَ قَبْرَ مَنْ هَذَا؟ قَالُواْ: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ: قَبْرُ آمِنَةَ، دلَّنِي عَلَيْهِ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ.
Teks Bahasa Melayu
Adakah kalian tahu kubur siapakah ini? Para Sahabat menjawab : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda menjawab: Ini adalah kubur Aminah. Jibril AS yang telah menunjukkannya kepaaku.
Sahabat Perawi
- ‘Abdullah bin Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1099, hadis no. 5574. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: كنا نمشي مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات يوم، إذ مر بقبر فقال: أتدرون قبر من هذا؟ قالوا: الله ورسوله أعلم. قال: قبر آمنة دلَّني عليه جبريل عليه السلام. [ابن شبة، الضعيفة (6612)].
(Munkar) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau menceritakan: Suatu hari, kami berjalan bersama Nabi SAW melintasi sebuah kubur. Baginda tiba-tiba bertanya:Adakah kalian tahu kubur siapakah ini? Para Sahabat menjawab : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda menjawab: Ini adalah kubur Aminah. Jibril AS yang telah menunjukkannya kepaaku. [Riwayat Ibn Shabah dalam Tarikh al-Madinah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6612]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman