Adakah kalian suka untuk Nabi kalian berteduh dengan teduhan daripada api pada hari kiamat?

TEKS BAHASA ARAB

أتحبون أن يستظل نبيكم بظل من نار يوم القيامة؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kalian suka untuk Nabi kalian berteduh dengan teduhan daripada api pada hari kiamat?

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis nombor 5192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي حازم الأنصاري قال: أتي النبي ﷺ يوم بدر بنطع من الغنيمة، فقيل: استظل به يا رسول الله فقال: أتحبون أن يستظل نبيكم بظل من نار يوم القيامة؟!. [طس، الضعيفة (5113)].

(Lemah) Daripada Abu Hazim al-Ansari berkata: Nabi SAW diberikan timbunan harta rampasan ketika perang Badar, lalu dikatakan: Berteduhlah dengannya wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda: Adakah kalian suka untuk Nabi kalian berteduh dengan teduhan daripada api pada hari kiamat? [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5113]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs