Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتحبون أن يستظل نبيكم بظل من نار يوم القيامة؟
Teks Bahasa Melayu
Adakah kalian suka untuk Nabi kalian berteduh dengan teduhan daripada api pada hari kiamat?
Sahabat Perawi
- Abu Hazim al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1008, hadis no. 5192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي حازم الأنصاري قال: أتي النبي ﷺ يوم بدر بنطع من الغنيمة، فقيل: استظل به يا رسول الله فقال: أتحبون أن يستظل نبيكم بظل من نار يوم القيامة؟!. [طس، الضعيفة (5113)].
(Lemah) Daripada Abu Hazim al-Ansari berkata: Nabi SAW diberikan timbunan harta rampasan ketika perang Badar, lalu dikatakan: Berteduhlah dengannya wahai Rasulullah. Lalu baginda bersabda: Adakah kalian suka untuk Nabi kalian berteduh dengan teduhan daripada api pada hari kiamat? [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5113]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman