Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Adakah kalian mengetahui apakah yang difirmankan oleh Tuhan Azzawajalla?

Teks Bahasa Arab

هل تدرُونَ ما يقولُ ربُّكم عز وجل؟ قالوا: اللهُ ورسولُه أعلمُ، قالها ثلاثًا، قال: قال عز وجل: وعِزَّتي لا يُصَلِّيها عبدٌ لوقتِها إلا أَدْخَلْتُه الجنةَ، ومن صلى لغيرِ وقتِها إن شِئْتُ رحِمْتُه وإن شِئْتُ عَذَّبْتُه.

Teks Bahasa Melayu

"Adakah kalian mengetahui apakah yang difirmankan oleh Tuhan Azzawajalla?". Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Baginda bersabda: Allah Azzawajalla berfirman: "Demi keagungan-Ku, tidaklah seorang hamba itu menunaikan solat pada waktunya melainkan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga. Manakala sesiapa yang menunaikan solat bukan pada waktunya nescaya jika Aku mahu, Aku akan merahmatinya, dan jika Aku mahu, Aku akan mengazabnya".

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas’ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 362, hadis no. 1933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: إن النبي ﷺ خرج على أصحابه يوما فقال لهم: «هل تدرون ما يقول ربكم عز وجل؟ قالوا: الله ورسوله أعلم، قالها ثلاثا، قال: قال عز وجل: وعزتي لا يصليها عبد لوقتها إلا أدخلته الجنة ومن صلى لغير وقتها إن شئت رحمته وإن شئت عذبته». [البيهقي في «الأسماء والصفات»، «الضعيفة» (1338)].

(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi ﷺ keluar bertemu sahabatnya pada suatu hari lalu bertanya kepada mereka: "Adakah kalian mengetahui apakah yang difirmankan oleh Tuhan Azzawajalla?". Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Baginda bersabda: Allah Azzawajalla berfirman: "Demi keagungan-Ku, tidaklah seorang hamba itu menunaikan solat pada waktunya melainkan Aku akan memasukkannya ke dalam syurga. Manakala sesiapa yang menunaikan solat bukan pada waktunya nescaya jika Aku mahu, Aku akan merahmatinya, dan jika Aku mahu, Aku akan mengazabnya". [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Asma’ wa al-Sifat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1338].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.