Adakah kalian mengetahui apa itu kekuatan?

TEKS BAHASA ARAB

جلسنا إلى رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يقال له: خصفة أو: ابن خصفة فجعل ينظر إلى رجل سمين فقلت له: ما تنظر إليه؛ فقال: ذكرت حديثا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ سمعته يقول: هل تدرون ما الشديد؟. قلت: الرجل يصرع الرجل. قال: إن الشديد كل الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب. تدرون ما الرقوب؟ قلنا: الرجل لا يولد له. قال: إن الرقوب الرجل له الولد لم يقدم منهم شيئا. قال: تدرون ما الصعلوك؟ قال: قلنا: الرجل الذي لا مال له. قال: إن الصعلوك كل الصعلوك الرجل له المال لم يقدم منه شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami duduk bersama seorang sahabat Nabi SAW yang dipanggil Khasfah atau Ibn Khasfah. Kemudian dia mula melihat seorang lelaki gemuk. Aku berkata: Apa yang kamu lihat pada lelaki tersebut? Maka dia berkata: Aku teringat sebuah hadith yang aku dengar daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Adakah kalian mengetahui apa itu kekuatan? Aku menjawab: Seorang lelaki yang mengalahkan lelaki yang lain. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya kekuatan itu ialah seorang lelaki yang mampu untuk mengawal dirinya ketika marah. Adakah kalian tahu apa itu mandul? Kami berkata: Lelaki yang tidak mempunyai anak. Baginda SAW bersabda: Mandul itu ialah lelaki tersebut mempunyai anak, tetapi tidak menyediakan apa-apa untuk mereka. Adakah kalian tahu apa itu fakir? Kami menjawab: Seorang lelaki yang tidak mempunyai harta. Baginda SAW bersabda: Kefakiran itu ialah seorang lelaki yang mempunyai harta, tetapi tidak digunakan untuk bersedekah walaupun sedikit.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 903, hadis nombor 4627. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن المغيرة بن عبد الله الجعفي قال: جلسنا إلى رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يقال له: خصفة أو: ابن خصفة فجعل ينظر إلى رجل سمين فقلت له: ما تنظر إليه؛ فقال: ذكرت حديثا سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ سمعته يقول: هل تدرون ما الشديد؟ قلت: الرجل يصرع الرجل. قال: إن الشديد كل الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب. تدرون ما الرقوب؟ قلنا: الرجل لا يولد له. قال: إن الرقوب الرجل له الولد لم يقدم منهم شيئا. قال: تدرون ما الصعلوك؟ قال: قلنا: الرجل الذي لا مال له. قال: إن الصعلوك كل الصعلوك الرجل له المال لم يقدم منه شيئا. [هب, الضعيفة (6470)].

(Munkar) Daripada Al-Mughirah bin Abdullah Al-Ju’fi berkata: Kami duduk bersama seorang sahabat Nabi SAW yang dipanggil Khasfah atau Ibn Khasfah. Kemudian dia mula melihat seorang lelaki gemuk. Aku berkata: Apa yang kamu lihat pada lelaki tersebut? Maka dia berkata: Aku teringat sebuah hadith yang aku dengar daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Adakah kalian mengetahui apa itu kekuatan? Aku menjawab: Seorang lelaki yang mengalahkan lelaki yang lain. Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya kekuatan itu ialah seorang lelaki yang mampu untuk mengawal dirinya ketika marah. Adakah kalian tahu apa itu mandul? Kami berkata: Lelaki yang tidak mempunyai anak. Baginda SAW bersabda: Mandul itu ialah lelaki tersebut mempunyai anak, tetapi tidak menyediakan apa-apa untuk mereka. Adakah kalian tahu apa itu fakir? Kami menjawab: Seorang lelaki yang tidak mempunyai harta. Baginda SAW bersabda: Kefakiran itu ialah seorang lelaki yang mempunyai harta, tetapi tidak digunakan untuk bersedekah walaupun sedikit. [Al-Baihaqi di dalam Syu’ab Al-Iman, Al-Dha’ifah no 6470].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs