Adakah kalian mahu aku beritahu tentang yang paling pemurah

TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبركم بأجود الأجود الله الأجود الأجود وأنا أجود ولد آدم وأجودهم من بعدي رجل علّم علما فنشر علمه يبعث يوم القيامة أمة واحدة ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kalian mahu aku beritahu tentang yang paling pemurah. Allah merupakan Yang Maha Pemurah. Aku adalah yang paling pemurah dalam kalangan anak Adam. Orang yang paling pemurah selepas aku adalah seorang lelaki yang mempelajari satu ilmu kemudian dia menyebarkan ilmu tersebut. Dia akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai umat yang satu. Dan juga seorang lelaki yang bersegera keluar di jalan Allah sehingga dia terbunuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis nombor 5218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال، قال رسول الله ﷺ: ألا أخبركم بأجود الأجود الله الأجود الأجود وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علّم علما فنشر علمه يبعث يوم القيامة أمة واحدة ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل. [الضياء المقدسي في الأحاديث والحكايات, ع, عد, الضعيفة (5882)]

(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda: Adakah kalian mahu aku beritahu tentang yang paling pemurah. Allah merupakan Yang Maha Pemurah. Aku adalah yang paling pemurah dalam kalangan anak Adam. Orang yang paling pemurah selepas aku adalah seorang lelaki yang mempelajari satu ilmu kemudian dia menyebarkan ilmu tersebut. Dia akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai umat yang satu. Dan juga seorang lelaki yang bersegera keluar di jalan Allah sehingga dia terbunuh. [Riwayat Al-Dhiyaa al-Maqdisi dalam al-Ahadis wa al-Hikayat, Abu Ya’la dalam Musnad beliau, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5882].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.