Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألا أخبرُكُم عنِ الأجوَدِ الأجوَدِ اللَّهُ الأجوَدُ الأجوَدُ وأَنا أجوَدُ ولدِ آدمَ وأجوَدُهُم مِن بَعدي رَجلٌ علِمَ علمًا فنَشرَ عِلمَهُ، يُبعَثُ يومَ القيامةِ أمَّةً وحدَهُ ورجلٌ جادَ بنفسِهِ في سبيل اللَّه حتَّى يُقتلَ
Teks Bahasa Melayu
Adakah kalian mahu aku beritahu tentang yang paling pemurah. Allah merupakan Yang Maha Pemurah. Aku adalah yang paling pemurah dalam kalangan anak Adam. Orang yang paling pemurah selepas aku adalah seorang lelaki yang mempelajari satu ilmu kemudian dia menyebarkan ilmu tersebut. Dia akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai umat yang satu. Dan juga seorang lelaki yang bersegera keluar di jalan Allah sehingga dia terbunuh.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1014, hadis no. 5218. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع عن أنس رضي الله عنه قال، قال رسول الله ﷺ: ألا أخبركم بأجود الأجود الله الأجود الأجود وأنا أجود ولد آدم، وأجودهم من بعدي رجل علّم علما فنشر علمه يبعث يوم القيامة أمة واحدة ورجل جاد بنفسه في سبيل الله حتى يقتل. [الضياء المقدسي في الأحاديث والحكايات, ع, عد, الضعيفة (5882)]
(Palsu) Daripada Anas RA, beliau berkata : Rasulullah SAW telah bersabda: Adakah kalian mahu aku beritahu tentang yang paling pemurah. Allah merupakan Yang Maha Pemurah. Aku adalah yang paling pemurah dalam kalangan anak Adam. Orang yang paling pemurah selepas aku adalah seorang lelaki yang mempelajari satu ilmu kemudian dia menyebarkan ilmu tersebut. Dia akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai umat yang satu. Dan juga seorang lelaki yang bersegera keluar di jalan Allah sehingga dia terbunuh. [Al-Dhiyaa al-Maqdisi dalam al-AHadis wa al-Hikayat, Abu Ya’la dalam Musnad beliau, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Dha’ifah no. 5882].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman