Adakah kalian berasa berat untuk menyetubuhi pasangannya pada setiap hari Jumaat?

TEKS BAHASA ARAB

أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل جمعة؛ فإن له أجرين: أجر غسله، وأجر غسل امرأته؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah kalian berasa berat untuk menyetubuhi pasangannya pada setiap hari Jumaat? Sesungguhnya baginya dua pahala: Pahala mandi dirinya dan pahala mandi isterinya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis nombor 4960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل يوم جمعة، فإن له أجرين: أجر غسله وأجر غسل امرأته.
[أبو نعيم في ((الطب))، هب، فر، ((الضعيفة)) (6194)].

(Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Adakah kalian berasa berat untuk menyetubuhi pasangannya pada setiap hari Jumaat? Sesungguhnya baginya dua pahala: Pahala mandi dirinya dan pahala mandi isterinya.
[Abu Nu’aim dalam al-Tibb, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6194].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs