Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيعجزُ أحدُكم أن يُجامعَ أهلَه في كلِّ يومِ جمعةٍ؛ فإنَّ له أجريْنِ: أجرُ غُسلِه، وأجرُ غُسلِ امرأتِه؟
Teks Bahasa Melayu
Adakah kalian berasa berat untuk menyetubuhi pasangannya pada setiap hari Jumaat? Sesungguhnya baginya dua pahala: Pahala mandi dirinya dan pahala mandi isterinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 961, hadis no. 4960. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال، قال رسول الله ﷺ: أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل يوم جمعة، فإن له أجرين: أجر غسله وأجر غسل امرأته. [أبو نعيم في الطب، هب، فر، الضعيفة (6194)].
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Adakah kalian berasa berat untuk menyetubuhi pasangannya pada setiap hari Jumaat? Sesungguhnya baginya dua pahala: Pahala mandi dirinya dan pahala mandi isterinya. [Abu Nu’aim dalam al-Tibb, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6194].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman