Adakah doa itu khusus untuk Yunus atau untuk seluruh orang-orang beriman?

TEKS BAHASA ARAB

هل أدلكم على اسم الله الأعظم؛ الذي إذا دعي به أجاب؛ وإذا سئل به أعطى؛ الدعوة التي دعا بها يونس حيث ناداه في الظلمات الثلاث: {لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين}. فقال رجل: يا رسول الله! هل كانت ليونس خاصة أم للمؤمنين عامة؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أيها مسلم دعا بها في مرضة أربعين مرة فمات في مرضه ذلك؛ أعطي أجر شهيد، وإن برأ؛ برأ وقد غفر له جميع ذنوبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nama Allah yang paling agung, yang mana apabila di berdoa menggunakan nama tersebut, pasti Dia terima dan apabila diminta menggunakan nama tersebut pasti Dia memberikan, iaitu doa yang digunakan oleh Yunus ketika beliau menyeruNya dalam tiga lapis kegelapan: (Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri) [Surah al-Anbiya' ayat 87]. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah doa itu khusus untuk Yunus atau untuk seluruh orang-orang beriman? Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah kamu dengar firman Allah ‘azza wa jalla: (Dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman) [Surah al-Anbiya' ayat 88]. Rasulullah SAW juga bersabda: Mana-mana muslim yang berdoa menggunakannya sebanyak 40 kali ketika dia sakit, lalu dia meninggal dunia kerana sakitnya itu, maka diberikan kepadanya pahala syahid dan sekiranya dia sembuh, maka dia mendapat kesembuhan dan diampunkan kesemua dosa-dosanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1251, hadis nombor 6387. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعد بن مالك رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: هل أدلكم على اسم الله الأعظم؛ الذي إذا دعي به أجاب؛ وإذا سئل به أعطى؛ الدعوة التي دعا بها يونس حيث ناداه في الظلمات الثلاث: {لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين}. فقال رجل: يا رسول الله! هل كانت ليونس خاصة أم للمؤمنين عامة؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أيها مسلم دعا بها في مرضة أربعين مرة فمات في مرضه ذلك؛ أعطي أجر شهيد، وإن برأ؛ برأ وقد غفر له جميع ذنوبه.
[ك، ((الضعيفة)) (2775)]

(Lemah)
Daripada Sa’d bin Malik RA, katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Nama Allah yang paling agung, yang mana apabila di berdoa menggunakan nama tersebut, pasti Dia terima dan apabila diminta menggunakan nama tersebut pasti Dia memberikan, iaitu doa yang digunakan oleh Yunus ketika beliau menyeruNya dalam tiga lapis kegelapan: (Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri) [Surah al-Anbiya' ayat 87]. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah doa itu khusus untuk Yunus atau untuk seluruh orang-orang beriman? Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah kamu dengar firman Allah ‘azza wa jalla: (Dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman) [Surah al-Anbiya' ayat 88]. Rasulullah SAW juga bersabda: Mana-mana muslim yang berdoa menggunakannya sebanyak 40 kali ketika dia sakit, lalu dia meninggal dunia kerana sakitnya itu, maka diberikan kepadanya pahala syahid dan sekiranya dia sembuh, maka dia mendapat kesembuhan dan diampunkan kesemua dosa-dosanya.
[Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2775]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs