Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هل كان يُكثرُ ذِكْرَ الموتِ؟ قالوا: لا، قال: فهل كان يَدَعُ كثيرًا ممَّا يَشتهي؟ قالوا: لا، قال: ما بلغَ صاحبُكم كثيرًا ممَّا تذهبونَ إليهِ.
Teks Bahasa Melayu
“Adakah dia banyak mengingati mati?” Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: “Adakah dia meninggalkan banyak perkara yang dia sukai?” Mereka menjawab: Tidak. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sahabatmu ini tidak sampai kepada apa yang kalian bercakap tentangnya”.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Saad al-Sa'idi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1771, hadis no. 8917. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد الساعدي، قال: مات رجل من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجعل أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يثنون عليه، ويذكرون من عبادته، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ساكت، فلما سكتوا، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((هل كان يكثر ذكر الموت؟)) قالوا: لا، قال: ((فهل كان يدع كثيرا مما يشتهي؟)) قالوا: لا، قال: ((ما بلغ صاحبكم كثيرا مما تذهبون إليه)). [طب، البزار، ((الضعيفة)) (6507)]
(Lemah) Daripada Sahl Bin Sa‘ad al-Sā‘idī, beliau berkata: Seorang lelaki dalam kalangan sahabat Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Maka, para sahabat Rasullullah SAW memuji orang itu dan mereka menyebutkan ibadahnya dan Rasulullah SAW hanya berdiam. Apabila mereka telah diam, Rasulullah SAW bertanya: “Adakah dia banyak mengingati mati?” Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: “Adakah dia meninggalkan banyak perkara yang dia sukai?” Mereka menjawab: Tidak. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Sahabatmu ini tidak sampai kepada apa yang kalian bercakap tentangnya”. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Bazzār dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6507]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman