TEKS BAHASA ARAB
ما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره، ولا تصعد روحه إلى الله، فلو ضمن رجل دينه قمت فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang mampu mati tanpa berhutang maka buatlah demikian. Ini kerana sesungguhnya aku telah menyaksikan Rasulullah SAW apabila didatangkan padanya jenazah seorang lelaki untuk Baginda dirikan solat ke atasnya, Baginda berkata: Adakah dia mempunyai hutang? Mereka menjawab: Ya. Lalu Baginda berkata: Jadi adakah bermanfaat kepada kamu jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini dan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik kepada Allah? Jika ada sesiapa yang boleh melangsaikan hutangnya maka akan aku bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya solatku ke atasnya akan memberinya manfaat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721, hadis nombor 8651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الحميد بن أبي أمية، قال: شهدت أنس بن مالك وهو يقول: الحمد لله الذي حبس السماء أن تقع على الأرض إلا بإذنه. فقال له رجل: يا أبا حمزة: لو حدثتنا حديثا عسى الله أن ينفعنا به، قال: من استطاع منكم أن يموت وليس عليه دين فليفعل، فإني شهدت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأتي بجنازة رجل ليصلي عليه، فقال: ((عليه دين؟)) قالوا: نعم، قال:((ما ينفعكم أن أصلي على رجل روحه مرتهن في قبره، ولا تصعد روحه إلى الله، فلو ضمن رجل دينه قمت فصليت عليه، فإن صلاتي تنفعه)).
[Lemah]
Daripada Abd Al-Hamid Bin Umayyah, beliau berkata: Aku menyaksikan Anas Bin Malik berkata: Segala puji bagi Allah yang menahan langit daripada jatuh ke bumi melainkan dengan izin-Nya. Kemudian seorang lelaki berkata kepadanya: Wahai bapa Hamzah! Ceritakanlah kepada kami sesuatu, semoga Allah akan memberi kami manfaat dengannya. Dia berkata: Barang siapa yang mampu mati tanpa berhutang maka buatlah demikian. Ini kerana sesungguhnya aku telah menyaksikan Rasulullah SAW apabila didatangkan padanya jenazah seorang lelaki untuk Baginda dirikan solat ke atasnya, Baginda berkata: ((Adakah dia mempunyai hutang?)) Mereka menjawab: Ya. Lalu Baginda berkata: ((Jadi adakah kamu sangka ia bermanfaat jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini dan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik kepada Allah? Jika ada sesiapa yang boleh melangsaikan hutangnya maka akan aku bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya solatku ke atasnya akan memberinya manfaat.))
[Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 884].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.