Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما ينفعُكم أن أصلِّيَ على رجلٍ روحُهُ مرتَهَنٌّ في قبرِهِ، ولا تصعَدُ روحُهُ إلى اللهِ، فلو ضَمنَ رجلٌ قمتُ فصلَّيتُ عليْهِ، فإنَّ صلاتي تنفَعُه.
Teks Bahasa Melayu
Barang siapa yang mampu mati tanpa berhutang maka buatlah demikian. Ini kerana sesungguhnya aku telah menyaksikan Rasulullah SAW apabila didatangkan padanya jenazah seorang lelaki untuk Baginda dirikan solat ke atasnya, Baginda berkata: Adakah dia mempunyai hutang? Mereka menjawab: Ya. Lalu Baginda berkata: Jadi adakah bermanfaat kepada kamu jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini dan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik kepada Allah? Jika ada sesiapa yang boleh melangsaikan hutangnya maka akan aku bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya solatku ke atasnya akan memberinya manfaat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721, hadis no. 8651. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Abd Al-Hamid Bin Umayyah, beliau berkata: Aku menyaksikan Anas Bin Malik berkata: Segala puji bagi Allah yang menahan langit daripada jatuh ke bumi melainkan dengan izin-Nya. Kemudian seorang lelaki berkata kepadanya: Wahai bapa Hamzah! Ceritakanlah kepada kami sesuatu, semoga Allah akan memberi kami manfaat dengannya. Dia berkata: Barang siapa yang mampu mati tanpa berhutang maka buatlah demikian. Ini kerana sesungguhnya aku telah menyaksikan Rasulullah SAW apabila didatangkan padanya jenazah seorang lelaki untuk Baginda dirikan solat ke atasnya, Baginda berkata: ((Adakah dia mempunyai hutang?)) Mereka menjawab: Ya. Lalu Baginda berkata: ((Jadi adakah kamu sangka ia bermanfaat jika aku mendirikan solat ke atas lelaki ini dan rohnya berada di dalam kuburnya dan tidak naik kepada Allah? Jika ada sesiapa yang boleh melangsaikan hutangnya maka akan aku bangun untuk solat ke atasnya kerana sesungguhnya solatku ke atasnya akan memberinya manfaat.)) [Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 884].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman