Adakah ada dalam kalangan kalian sesiapa yang telah memberi makan kepada seorang miskin pada hari ini?

TEKS BAHASA ARAB

هل منكم أحد أطعم اليوم مسكينا؟ فقال أبو بكر – رضي الله عنه -: دخلت المسجد فإذا أنا بسائل يسأل، فوجدت كسرة خبز في يد عبد الرحمن، فأخذتها منه، فدفعتها إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

"Adakah ada dalam kalangan kalian sesiapa yang telah memberi makan kepada seorang miskin pada hari ini?". Jawab Abu Bakr RA: "Aku masuk ke dalam masjid lalu aku terserempak dengan seorang lelaki yang sedang mengemis, lalu aku lihat ada cebisan roti di dalam tangan Abdul Rahman lantas aku mengambilnya dan memberikannya kepada orang tadi".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis nombor 2089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الرحمن بن أبي بكر – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «هل منكم أحد أطعم اليوم مسكينا؟ فقال أبو بكر رضي الله عنه: دخلت المسجد فإذا أنا بسائل يسأل، فوجدت كسرة خبز في يد عبد الرحمن، فأخذتها منه، فدفعتها إليه». [د، ك، هق، «الضعيفة» (1458)].

(Munkar) Daripada Abdul Rahman bin Abu Bakr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Adakah ada dalam kalangan kalian sesiapa yang telah memberi makan kepada seorang miskin pada hari ini?". Jawab Abu Bakr RA: "Aku masuk ke dalam masjid lalu aku terserempak dengan seorang lelaki yang sedang mengemis, lalu aku lihat ada cebisan roti di dalam tangan Abdul Rahman lantas aku mengambilnya dan memberikannya kepada orang tadi". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1458].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs