Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هل منكم أحدٌ أطعمَ اليومَ مسكينًا؟ فقال أبو بكرٍ - رضيَ اللهُ عنه -: دخلْتُ المسجِدَ فإذا أنا بسائِلٍ يسألُ، فوجدْتُ كسِرَةَ خُبْزٍ في يَدِ عبدِ الرحمنِ، فأخذتُها منه، فدفعتُها إليه.
Teks Bahasa Melayu
"Adakah ada dalam kalangan kalian sesiapa yang telah memberi makan kepada seorang miskin pada hari ini?". Jawab Abu Bakr RA: "Aku masuk ke dalam masjid lalu aku terserempak dengan seorang lelaki yang sedang mengemis, lalu aku lihat ada cebisan roti di dalam tangan Abdul Rahman lantas aku mengambilnya dan memberikannya kepada orang tadi".
Sahabat Perawi
- Abdul Rahman bin Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 392, hadis no. 2089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الرحمن بن أبي بكر - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «هل منكم أحد أطعم اليوم مسكينا؟ فقال أبو بكر رضي الله عنه: دخلت المسجد فإذا أنا بسائل يسأل، فوجدت كسرة خبز في يد عبد الرحمن، فأخذتها منه، فدفعتها إليه». [د، ك، هق، «الضعيفة» (1458)].
(Munkar) Daripada Abdul Rahman bin Abu Bakr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Adakah ada dalam kalangan kalian sesiapa yang telah memberi makan kepada seorang miskin pada hari ini?". Jawab Abu Bakr RA: "Aku masuk ke dalam masjid lalu aku terserempak dengan seorang lelaki yang sedang mengemis, lalu aku lihat ada cebisan roti di dalam tangan Abdul Rahman lantas aku mengambilnya dan memberikannya kepada orang tadi". [Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1458].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman