Adakah ada antara kalian yang mengenali al-Qays Bin Sa’idah al-Iyadi

TEKS BAHASA ARAB

أفيكم أحد يعرف القس بن ساعدة الإيادي؟ قالوا : نعم؛ كلنا نعرفه . قال : ما فعل؟ قالوا : هلك، قال : ما أنساه بسوق عكاظ، في الشهر الحرام، على جمل أحمر، يخطب الناس، وهو يقول : أيها الناس اجتمعوا واسمعوا وعوا، كل من عاش مات، وكل من مات فات، وكل ما هو آت آت، إن في السماء لخبرا، وإن في الأرض لعبرا، مهاد موضوع، وسقف مرفوع، ونجوم تمور، وبحار لا تغور، أقسم قس حقا، لئن كان في الأرض رضا ليكونن سخط، وإن لله دينا، هو أحب إليه من دينكم الذي أنتم عليه، ما لي أرى الناس يذهبون فلا يرجعون، أرضوا بالمقام فأقاموا، أم نزلوا فناموا؟، ثم أنشا يقول: في الذاهبين الأولين… من القرون لنا بصائر، لما رأيت مواردا للموت… ليس لها مصادر، ورأيت قومي نحوها… يسعى الأكابر والأصاغر، لا يرجع الماضي إليك… ولا من الباقين غابر، أيقنت أني لا محالة… حيث صار القوم صائر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adakah ada antara kalian yang mengenali al-Qays Bin Sa’idah al-Iyadi? Mereka menjawab: Ya. Setiap daripada kami mengenali beliau. Baginda bertanya: Bagaimana keadaannya? Mereka menjawab: Beliau telah tiada. Baginda bersabda: Aku tidak akan lupakan beliau ketika beliau berada di pasar ‘Ukaz, ketika bulan yang diharamkan berperang di atas unta berwarna merah. Beliau berucap kepada orang ramai: Wahai manusia, berkumpullah, dengarlah dan berikan perhatian. Setiap yang hidup akan mati. Setiap yang mati akan hancur. Setiap apa yang datang akan datang jua. Di langit ada satu pengkhabaran. Di bumi pula ada pengajaran. Ia hamparan yang diletakkan, atap (langit) yang diangkat, bintang bergerak dan laut yang dalam. Aku bersumpah dengan kebenaran. Seakan-akan di bumi ada reda dan akan terjadi kemurkaan. Sesungguhnya Allah lebih menyukai satu agama ini yang mana Dia lebih suka berbanding agama yang sedang kalian anuti. Mengapa aku hanya melihat manusia pergi namun tidak kembali. Adakah mereka suka berada di tempat itu lalu menetap atau mereka singgah kemudian mereka tidur? Kemudian beliau mula berkata: Ada orang dahulu yang pergi berkurun lama yang kami tahu tentangnya. Apabila aku melihat kematian yang tiada sumbernya. Aku melihat kaum aku yang kecil mahupun yang besar pergi. Masa lampau tidak akan kembali kepada kamu dan yang tinggal tidak menjauh. Aku yakin bahawa aku tidak mustahil akan jadi ke mana kaum aku jadi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1902 hadis nombor 9557. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما -؛ قال: قدم وفد عبد القيس على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -؛ فقال: أفيكم أحد يعرف القس بن ساعدة الإيادي؟ قالوا : نعم؛ كلنا نعرفه . قال : ما فعل؟ قالوا : هلك، قال : ما أنساه بسوق عكاظ، في الشهر الحرام، على جمل أحمر، يخطب الناس، وهو يقول : أيها الناس اجتمعوا واسمعوا وعوا، كل من عاش مات، وكل من مات فات، وكل ما هو آت آت، إن في السماء لخبرا، وإن في الأرض لعبرا، مهاد موضوع، وسقف مرفوع، ونجوم تمور، وبحار لا تغور، أقسم قس حقا، لئن كان في الأرض رضا ليكونن سخط، وإن لله دينا، هو أحب إليه من دينكم الذي أنتم عليه، ما لي أرى الناس يذهبون فلا يرجعون، أرضوا بالمقام فأقاموا، أم نزلوا فناموا؟، ثم أنشا يقول: في الذاهبين الأولين… من القرون لنا بصائر، لما رأيت مواردا للموت… ليس لها مصادر، ورأيت قومي نحوها… يسعى الأكابر والأصاغر، لا يرجع الماضي إليك… ولا من الباقين غابر، أيقنت أني لا محالة… حيث صار القوم صائر.
[البزار، طب، عد، البيهقي في ((دلائل النبوة))، ((الضعيفة)) (5906)]

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA. Beliau berkata: Utusan Abdul Qays datang menemui Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda: Adakah ada antara kalian yang mengenali al-Qays Bin Sa’idah al-Iyadi? Mereka menjawab: Ya. Setiap daripada kami mengenali beliau. Baginda bertanya: Bagaimana keadaannya? Mereka menjawab: Beliau telah tiada. Baginda bersabda: Aku tidak akan lupakan beliau ketika beliau berada di pasar ‘Ukaz, ketika bulan yang diharamkan berperang di atas unta berwarna merah. Beliau berucap kepada orang ramai: Wahai manusia, berkumpullah, dengarlah dan berikan perhatian. Setiap yang hidup akan mati. Setiap yang mati akan hancur. Setiap apa yang datang akan datang jua. Di langit ada satu pengkhabaran. Di bumi pula ada pengajaran. Ia hamparan yang diletakkan, atap (langit) yang diangkat, bintang bergerak dan laut yang dalam. Aku bersumpah dengan kebenaran. Seakan-akan di bumi ada reda dan akan terjadi kemurkaan. Sesungguhnya Allah lebih menyukai satu agama ini yang mana Dia lebih suka berbanding agama yang sedang kalian anuti. Mengapa aku hanya melihat manusia pergi namun tidak kembali. Adakah mereka suka berada di tempat itu lalu menetap atau mereka singgah kemudian mereka tidur? Kemudian beliau mula berkata: Ada orang dahulu yang pergi berkurun lama yang kami tahu tentangnya. Apabila aku melihat kematian yang tiada sumbernya. Aku melihat kaum aku yang kecil mahupun yang besar pergi. Masa lampau tidak akan kembali kepada kamu dan yang tinggal tidak menjauh. Aku yakin bahawa aku tidak mustahil akan jadi ke mana kaum aku jadi.
[Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil lil-Du’afa’ dan al- Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.5906]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs