Adab berhadas besar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أتى أحدكم البراز فليكرمن قبلة الله، فلا يستقبلها، ولا يستدبرها، ثم ليستطب بثلاثة أحجار، أو ثلاثة أعواد، أو ثلاث حثيات من تراب، ثم ليقل: الحمد لله الذي أخرج عني ما يؤذيني، وأمسك علي ما ينفعني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila seseorang kamu ke tempat membuang air besar, maka hendaklah dia memuliakan kiblat Allah. Oleh itu, janganlah dia menghadap ke arahnya dan jangan juga membelakanginya. Kemudian hendaklah dia bersuci menggunakan tiga biji batu atau tiga batang kayu atau tiga keping tanah. Setelah itu, hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan daripadaku najis yang menyakitiku dan membiarkan dalam diriku apa yang memberikan manfaat kepadaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1435, hadis nombor 7290. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن طاوس، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا أتى أحدكم البراز فليكرمن قبلة الله، فلا يستقبلها، ولا يستدبرها، ثم ليستطب بثلاثة أحجار، أو ثلاثة أعواد، أو ثلاث حثيات من تراب، ثم ليقل: الحمد لله الذي أخرج عني ما يؤذيني، وأمسك علي ما ينفعني.
[قط، البيهقي في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (2552)]

(Lemah)
Daripada Tawus, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu ke tempat membuang air besar, maka hendaklah dia memuliakan kiblat Allah. Oleh itu, janganlah dia menghadap ke arahnya dan jangan juga membelakanginya. Kemudian hendaklah dia bersuci menggunakan tiga biji batu atau tiga batang kayu atau tiga keping tanah. Setelah itu, hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan daripadaku najis yang menyakitiku dan membiarkan dalam diriku apa yang memberikan manfaat kepadaku.
[Riwayat al-Daraqutni dan al-Baihaqi dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2552]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.